Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islan di seluruh dunia..
Harini saya tertarik dengan "kurma".. hehe
Seperti sudah suatu kemestian adanya kurma di bulan Ramadhan.. Kurma yang boleh didapati dari pelbagai jenis dan harga mampu terjual dengan banyak sekali di bulan mulia ini.
Ayah saya antara salah seorang penggemar kurma.. Tahu tak betapa besarnya khasiat kurma tu?
nak tau apa, cuba la google.. heheeee.. *bagi homework sket*
Tetapi secara dasar, kurma mengandungi kadar karbohidrat yang sangat tinggi. Tidak hairanlah pada zaman Rasulullah SAW, kurma dijadikan juadah berbuka puasa bersama air kosong semata.
kurma macam buah anggur....
Secara tersirat, nampak tak nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang bersyukur? Rasulullah SAW mampu untuk menunaikan ibadat di bulan Ramadhan semalaman hanya dengan berbuka memakan kurma. Kita ini di zaman sekarang, jangan kata kurma, kalau boleh, satu bazaar tu kita nak beli..
Bila makan terlalu banyak, lepas tu kekenyangan, terawih pon ke mana. Kadangkala puasa ini dilihat sebagai suatu adat dan bukan ibadat. Kembalilah kita kepada fitrah yang betul.
Saya bukan bermaksud kalau berbuka kena makan kurma je.. TAKKKKK.. Maksud saya, kita kena la mengelakkan amalan membazir di bulan puasa ni. Beli apa yang perlu sahaja dan makanan yang kita rasa mampu dihadam oleh perut kita. Sebab perut kita pon memerlukan masa yang lama untuk mencerna makanan. Seharusnya bulan puasa ini daat merehatkan sistem penghadaman dan bukan "mendera" sistem penghadaman kita dengan menyumbat pelbagai makanan atau juadah ke dalamnya..
Ini sekadar perkongsian dan pendapat peribadi.. Semoga kita sama-sama mendapat berkat di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini..
Sekian, selamat menunaikan ibadah puasa...
-nurulainputra-