-RNA92-

My photo
Roll on your life so that you can taste each side of your life evenly.. =)

Friday, April 24, 2009

kem pengawas..

yuhuuu...

baru balik kem kat Kalumpang Resort and Training Centre (KRTC)..

ada fear factor, jungle trekking and explorace...
first, fear factor tu ada 4 checkpoint..

1st checkpoint kami kena makan telur itik mentah and ulat ape ntah... jay memang cool lahh.. dia yang abiskan semua telur itik tu.. =)

2nd cp kiteorg kena cium katak n makan telur ayam mentah.. i would prefer bedah katak daripada cium katak tuuu.. huhuh.. nasib baik katak tu tengah tido.. diorang kata katak tu macam belon.. hahah..

3rd cp kena wat rentas halangan.. korang tau x?? bukit dia curam gilerr.. masa turun, boleh slide lagi tau.. haha

4th cp kami kena mkn sandwich belacan+cencalok+budu and kena mkn bwg.. (group 1) kena mkn bwg yang paling besar.. seksa btol nak abiskan.. haha



next is bout the jungle trekking.. kami start rite after the fear factor.. dalm pukul 7 ptg camtu masuk hutan.. gelap giler bila da mlm.. jalannya byk turun bukit yang licin.. ada gak yang terjatuh.. kesian diorg.. =( lama juga kat dalam hutan.. kononnya dijangka akan habis dalam 2 jam tp sbnrnya habis lps 3 ke 4 jam dalam hutan.. jalan licin pastu byk pokok duri.. ada junior yang tangan dia luka.. maklumlah jalan gelap.. semua org berebut torchlight.. haha.. tp yang paling bahaya bila group kat belakang teputus line dgn group kat depan.. aku tny facilitator tu nak ikut jalan mana?? dia suruh kami turun ikut jalan sungai.. lepas dua tiga langkah, i'm refuse to go on.. rasanya lebih baik berhenti daripada terus sesat.. facilitator tu suruh turun je.. sepatutnya dia turun dlu.. aku cakap kat cikgu yang jalan tu salah sebab kalo org lalu mesti ada jejak.. betul tak?? akhirnya, kami jerit panggil 'tracker' yang ada entah di mana.. nasib baik ada orang yang dengar.. 'tracker' tu kata kami dah salah jalan.. terpaksalah kami patah balik naik bukit untuk kembali kepada jalan yang betul.. nak gugur jantung rasanya.. takut kalo kami tersesat.. kalo kami sesat, aku saman facilitator yang bagi direction salah tu.. lepas beberapa jam berjalan, akhirnya kami berjaya menamatkan ekspedisi tersebut.. hahaha.. =)

aktiviti kami yang terakhir malam tu ialah explorace.. tp rasanya lebih daripada amazing race kowt.. huhu.. kami diberi soalan melalui sms dan perlu jawab di mana klu tersebut..

cp 1 ialah balai polis..

cp 2 pula kat shell.. kami perlu mencari kenderaan untuk ditumpang ke tempat yang ditetapkan atau berjalan kaki.. masa nak pergi ke stesyen minyak shell, kami singgah di sebuah rumah uncle berbangsa cina dan minta tolong dia hantarkan kami.. baik sangat family uncle tu.. mulanya dia nak hantar kami naik lori tapi ada masalah skit.. jadi dia temankan kami dan tunjukkan jalan pergi ke shell.. thanx a lot uncle.. heheh..

cp 3 kami ialah kubur.. mulanya kami tak tahu apa yang cuba diterangkan dalam klu mengenai cp terakhir tu.. kebetulan ada seorang abang rempit ni lalu jadi kami mintak tolong dia jawabkan..

klu: dulu seorang pemandu, ramai penumpang,
sekarang ramai pemandu, seorang penumpang..

abang tu jawab jenazah.. kami tak terfikir la pulak pasal jenazah dan kami ingat abang tu bergurau sebab waktu tu dah malam dkt pukul 11.. kami jawab la hospital, rumah mayat, masjid dan sebagainya tapi semua tu salah.. nasib baik jumpa imran so dia yang bagi jawapan kubur..
p/s: masa kami tengah bersembang ngan abang rempit tu, tiba2 ramai kawan dia datang dan tanya kenapa kami tahan abang tu.. abang tu pun cakap kami tengah berteka-teki.. kelakar jee..

kami pun terus la berjalan ke kubur dan nasib baik kami terseremak dengan group 8.. aku, aisyah dan mal berpegang tangan sampai ke kubur.. adik2 junior pulak semua tarik2 baju aku dan senior lain.. kesian diorang.. sampai kat kubur tu, ada adik tu menyorok belakang aku dan merayu tak nak pergi bersihkan kubur tu.. kesian dia.. rasanya itulah kenangan yang tak akan kami lupakan.. Alhamdulillah tak ada perkara tak elok jadi.. lepas habis selesaikan tugasan kat situ, kami pun bertolak pulang ke kem.. ada group yang tahan 4wd, dan kereta polis minta tolong hantarkan diorang balik ke kem.. polis tu siap pasang siren lagi.. macam vip diorang tu.. hahah..

setibanya kat tapak kem, semua orang makan dlu sebelum masuk tido.. sebenarnya aku berasa aneh dan pelik kerana kami tidak pengsan setelah hampir 10 jam berjalan tanpa henti.. kami tak tahu mana datangnya tenaga yang banyak tu.. apa pun, aktiviti2 ni adalah yang paling mencabar sepanjang hidup kami di kem..

KRTC rocks...!!! HAHA =)

No comments:

Post a Comment