-RNA92-

My photo
Roll on your life so that you can taste each side of your life evenly.. =)

Friday, July 12, 2013

Medik versus Muzik

Salam and hye..

Sekarang nak cerita topik "medic vs music entertainment".. Ada orang kata macam pelik je line medic mixed up dgn line music.. macam x kena je..

Sape yang kata tu? Mana ada pelik.. Medic is a course of study, music could be one of the hobby.. x pelik langsung.. okay je.. bole release tension skali skala lepas penat study.. Jangan la kita suka sgt judge minat seseorang lepas tu cakap pelik..

hurmmm.. masyarakat kita sering dihantui dengan stigma2 yang x masuk akal. sekarang zaman dah moden.. anak-anak muda pon makin bijak dalam macam2 hal tapi pastikan tidak jauh tersasar dari akidah..

tak salah mencuba pelbagai aktiviti atau perkara yang kita rasa nak teroka asalkan kita tahu batas-batasnya.. tak susah kan?

macam saya sendiri, saya jadikan medic sebagai priority saya dan cita-cita saya.. muzik pula sebagai hobi saya, kalau berjaya kedua-duanya lebih baik.. :)

Jangan sempitkan pemikiran, cuba luaskan pandangan.. baru la kita bole maju ke hadapan..
Allah beri kita akal untuk bezakan baik dan buruk. Oleh itu, pandai-pandailah bawa diri dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi..

** Ini cuma pandangan peribadi.. kalau ada silap, mohon betulkan saya..**

sekian,
-nurulainputra-

"Kurma Ramadhan"

Assalamualaikum wbt..

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islan di seluruh dunia..
Harini saya tertarik dengan "kurma".. hehe
Seperti sudah suatu kemestian adanya kurma di bulan Ramadhan.. Kurma yang boleh didapati dari pelbagai jenis dan harga mampu terjual dengan banyak sekali di bulan mulia ini.

Ayah saya antara salah seorang penggemar kurma.. Tahu tak betapa besarnya khasiat kurma tu?
nak tau apa, cuba la google.. heheeee.. *bagi homework sket*

Tetapi secara dasar, kurma mengandungi kadar karbohidrat yang sangat tinggi. Tidak hairanlah pada zaman Rasulullah SAW, kurma dijadikan juadah berbuka puasa bersama air kosong semata.

                                                 kurma macam buah anggur....

Secara tersirat, nampak tak nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang bersyukur? Rasulullah SAW mampu untuk menunaikan ibadat di bulan Ramadhan semalaman hanya dengan berbuka memakan kurma. Kita ini di zaman sekarang, jangan kata kurma, kalau boleh, satu bazaar tu kita nak beli..

Bila makan terlalu banyak, lepas tu kekenyangan, terawih pon ke mana. Kadangkala puasa ini dilihat sebagai suatu adat dan bukan ibadat. Kembalilah kita kepada fitrah yang betul.

Saya bukan bermaksud kalau berbuka kena makan kurma je.. TAKKKKK.. Maksud saya, kita kena la mengelakkan amalan membazir di bulan puasa ni. Beli apa yang perlu sahaja dan makanan yang kita rasa mampu dihadam oleh perut kita. Sebab perut kita pon memerlukan masa yang lama untuk mencerna makanan. Seharusnya bulan puasa ini daat merehatkan sistem penghadaman dan bukan "mendera" sistem penghadaman kita dengan menyumbat pelbagai makanan atau juadah ke dalamnya..

Ini sekadar perkongsian dan pendapat peribadi.. Semoga kita sama-sama mendapat berkat di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini..

Sekian, selamat menunaikan ibadah puasa...

-nurulainputra-