-RNA92-

My photo
Roll on your life so that you can taste each side of your life evenly.. =)

Wednesday, May 2, 2012

Carilah redha Allah...

Wang?!? Duit?!? Penghormatan?!?
Apa yang ada pada sekeping kertas tertulis 5, 10, 50,100?
Manusia bermusuhan, bergaduh malah ada yang berbunuhan karenanya!
Rasuah, wang cetak rompak, samun, curi dan lainnya!
Adakah wang dan penghormatan sebenarnya malapetaka yang melanda manusia ATAU sekadar ujian buat manusia?

Aku berbisik pada diri bahawa sesungguhnya wang, harta dan pangkat adalah segala-galanya! Manusia disanjung melalui 3 perkara ini...
Aku menggenggam tekad untuk memiliki semua itu agar diriku tidak dihina kelak!
Tetapi mama sering berpesan; "Carilah redha Allah, pasang niat yang murni agar diberkati dunia dan akhirat"...
Aku tertanya-tanya samada hidup dalam realiti ATAU aku perlu hidup dengan niat suci??
Aku diajar oleh hukum dunia bahawa ada dua jenis manusia;
1- manusia yang hebat akan disanjung dan berada di atas
2- manusia yang lemah akan dipijak dan dihina sehingga ke perut bumi..

Namun kini aku sedar, bumi berputar.. Manusia kadangkala berada di atas dan kadangkala akan berada di bawah..
Aku sentiasa berharap agar menjadi insan mulia di sisi Yang Maha Esa...

"Allah always knows best, Allah might not give what I want but Allah always gave me what I really needs"
Alhamdulillah.... =)

No comments:

Post a Comment